Bismillah.. Lambakan pekerja asing di Malaysia kini dikatakan membimbangkan. Menteri Dalam Negeri berasa amat terkejut apabila melihat sendiri lambakan pekerja asing ini ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina, baru-baru ini. Menurut beliau, realiti lambakan itu tidak bertepatan dengan rekod warga asing yang dicatatkan. ....... Pada hematku, kita terlalu bergantung kepada buruh luar. Banyak sektor-sektor tidak mampu dipenuhi oleh rakyat tempatan kerana dilihat pekerjaan-pekerjaan tersebut tidak memenuhi citarasa rakyat tempatan. Rakyat kita tidak mahu bekerja di bawah terik matahari. Orang kita juga tidak berminat untuk menjawat jawatan operator pengeluaran di sektor-sektor pembuatan. Apatah lagi jawatan pembantu rumah dan kawalan keselamatan. Natijahnya, sektor-sektor ini mendapat khidmat pekerja asing. Dari 1 segi, ianya merupakan pembaziran tenaga tempatan. Bukan semua rakyat kita mempunyai pekerjaan. Masih ramai lagi yang menganggur. Dan di kalangan mereka ini dilihat terlalu memilih pekerjaan. Tidak mahu membuat jualan di luar kawasan, walhal mereka adalah graduan pemasaran. Tidak mahu berada di bawah terik matahari sedangkan mereka ini graduan kejuruteraan awam. Semua mahukan jawatan dalam bilik berhawa dingin. Ada juga yang sibuk isi borang SPA, JPA.. tak mau kerja swasta. Nak kerja kerajaan juga! Senang, terjamin, kata mereka... Namun, disebalik sikap rakyat, masih ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan kerajaan tidak prihatin terhadap rakyatnya. Dikatakan kerajaan tidak menyediakan peluang pekerjaan yang cukup. Tambah mereka lagi, kerajaan sibuk ambil pekerja asing sehingga rakyat sendiri tidak bekerja. Adilkah? Kepada rakyat khususnya graduan-graduan universiti, jangan terlalu taksub terhadap kerja di pejabat. Buatlah apa-apa pekerjaan pun asal ianya halal. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah
February 25, 2010
Bila Ulamak BerGaduh.......................
Sudah berlaku hari ini, ada ulama saman sesama ulama.Ini petanda ulama zaman sekarang sudah hilang rasa taqwa. Bila Ulama tidak bertaqwa maka ia akan di kuasai nafsu nafsu.Apabila ulama sudah di kuasai nafsu maka kita dapat lihat munculnya sifat sifat berikut pada ulama:
Posted by Kaiser at 9:45 PM 0 advisers
Salam Maulidur Rasul 1431H
daripada : blogger kaiser
Posted by Kaiser at 9:30 PM 0 advisers
February 08, 2010
RaNTai AnAk BawaH pOkOk
Seorang bapa di China yang merantai anaknya di tepi sebuah Mall di China kerana takut diculik. Bapanya seorang pemandu teksi mengatakan begitu ketika ditanya oleh wartawan. Beliau merantai anaknya di pokok sementara dia menghantar penumpang.
Bapanya berkata tidak mampu untuk menghantar anaknya tu ke pusat jagaan kanak-kanak kerana isterinya kurang siuman dan tidak boleh menjaga anak. Sebelum ini beliau berkata telah kehilangan seorang anak yang berumur 4 tahun.
Kisah ini menarik perhatian warga China dan mengumpulkan dana untuk membantu pemandu teksi ini.
Hmm dunia oh dunia, macam-macam hal manusia untuk mencari duit.
Posted by Kaiser at 9:48 AM 1 advisers
February 07, 2010
Fakta Menarik Mengenai Hari Jumaat
Kebetulan, 27-11-09 aidiladha pd hari jumaat… 18-12-09 tahun bru hijrah pd hari jumaat… 25-12-09 natal pd hari jumaat… 01-01-2010 tahun bru pd hari jumaat… 26-2-2010 Maulud Nabi Muhamad SAW pada hari jumaat… 2-4-2010 matinya yesus kristus pd hari jumaat… 28-6-2010 wesak pd hari jumaat… 10-9-2010 raya aidilfitri pd hari jumaat… Ingat dan renungkan…!!! Nuzul quran 27-8-2010 juga pd hari jumaat…. Deepavali 5-11-2010 juga pd hari jumaat…
Didalam al-Quran Allah swt telah menyebutkan bahawa KIAMAT juga terjadi pd hari JUMAAT…!!! Banyakkan istigfar dan berdoa pd Allah swt semoga dosa2 diampuni… Usah leka dengan mainan duniawi lagi…
Posted by Kaiser at 10:13 AM 0 advisers