May 19, 2010

Sikap Seorang Yang berjaya & Seorang Yang Gagal

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

Marilah kita menjadi org yg berjaya ...
Jaya dunia....Jaya akhirat.............

May 07, 2010

Kereta Ketua Polis Selangor Dicuri




harian metro 07/05/2010 (Jumaat)

SHAH ALAM: Kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan hilang di tempat letak kereta berhadapan sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaludin berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.15 pagi tadi ketika kereta jenis Proton Perdana V6 berwarna hitam diletakkan di kawasan letak kereta berhampiran restoran itu semasa pemandu terbabit menikmati sarapan pagi.

"Laporan polis dibuat oleh pemandu terbabit pada 10 pagi dan usaha untuk mengesan kereta itu masih dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Noor Azam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Khalid bagaimanapun tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja. - Bernama

**Aduyaiii,,,bengong ke ape pencuri ni,kereta ketua polis pun kasi 'rembat',memang takde kesedaran sivik betul,semoga pihak polis dapat memberkas pencuri tersebut...

''Bersamalah kita berganding bahu membantu pihak berkuasa membenteras 'JENAYAH',''

''JENAYAH MEMBAWA PADAH''

May 06, 2010

5 perkara penting yang kita hendak


Salam,

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha untuk mendapatkannya :-
  1. Wajah yang cantik
  2. Duit yang banyak
  3. Kesihatan yang baik
  4. Anak-anak yang cerdik dan berjaya
  5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan
Cara senang untuk mendapatkannya , Kata Nabi Muhammad s.a.w. ; siapa yang tinggalkan Solat Subuh tiadalah padanya Nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan Solat Zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan Solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan Solat Maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat dan barang siapa yang tinggalkan Solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. ( Sampaikanlah daripada Nabi Muhammad s.a.w itu walaupun satu ayat)
" Allah s.w.t tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Surah Al- Baqarah ayat 286.