July 28, 2009

Anda Tentunya Akan Disukai Ramai Sekiranya ......


1) Bila anda mengucapkan
"Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.


2) Anda penuh
bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

3) Anda sentiasa
jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.

4) Anda banyak mengukir
senyuman manis yang ikhlas.

5) Anda
menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

6) Anda
mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.

7) Anda
tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda

8) Anda dapat
mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.

9) Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan
tidak
menyinggung hati mana-mana pihak.

10) Anda
tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.

11) Anda
berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.

12) Anda menitikberatkan
cara penampilan anda ketika anda bersosial.

13) Anda
menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.

14) Anda
tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.

15) Anda
tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

16) Anda
menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun
unverbal).

17) Anda dapat
menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.

18) Anda dapat
menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan
berterus-terang.

0 advisers: