December 18, 2008

Lawak Pendek-Nak Bagi Makan Kawan


Seorang guru Tadika bertanya kepada semua murid-muridnya tentang cita-cita mereka. Semuanya silih berganti menyatakan cita-cita hendak menjadi doktor, jurutera, akitek, akauntan, pensyarah, ahli koprat, ahli politik, saintis, angkasawan, pengarah. Hanya seoarang sahaja yang cita-citanya mahu menjadi petani.

Guru Tadika: Sudin, mengapa cita-cita kamu hanya hendak menjadi petani?

Sudin: Saya hendak beri makan kawan-kawan saya.

December 07, 2008

Peraturan-Peraturan Aneh Di Dunia


THAILAND :

    * Dilarang keluar rumah tanpa mengenakan seluar dalam.


FILIPINA :
Untuk mengurangi kesesakan lalu lintas di kota Manila , ditetapkan bahawa :

    * Kenderaan bernombor akhir 1 atau 2 tidak diizinkan beroperasi di hari Senin.
    * Sedangkan angka 3 & 4 tidak boleh di hari Selasa, 5 & 6 tidak boleh di hari Rabu, 7 & 8 tidak boleh di hari 

     Kamis, 9 & 0 tidak boleh di hari Jumat. Peraturan ini berlaku sejak pukul 07.00 pagi setiap harinya.


SWISS :

    * Dilarang berkebun di hari minggu. Alasannya : Bising!!!
    * Walaupun warga Swiss dilarang menjual, membeli, menyelundup, dan memproduksi minuman beralkohol, 
    tapi mereka diizinkan untuk menggunakannay.


SWEDIA :

    * Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari pemerintah dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat      
       certificate / izin dari pemerintah.


KOREA SELATAN :

    * Para polisi wajib melaporkan jumlah wang suap yang mereka terima dari para pemandu yang mereka saman.


SINGAPURA :

    * Dilarang menjual gula2 getah di Singapura.
    * Dilarang berjalan tanpa pakaian (bogel)
    * Tidak menyiram setelah buang air di toilet, boleh dikenakan denda.
    * Jika Anda tertangkap meludah sebanyak 3X, Anda diwajibkan membersihkan jalan di hari Minggu dengan terpapar tulisan di dada “I am a Litterer” (Saya seorang Peludah)
    * Dilarang menbuang air kecil di dalam lift / elevator.


UNITED KINGDOM :

    * Dilarang menjual sayuran di hari minggu (kecuali wortel).
    * Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.
    * Mengambil barang yang dibuang, dapat diancam hukuman jenayah


MEXICO :

    * Wanita yang bekerja di pejabat kerajaan dilarang mengenakan skirt pendek atau pakaian yang dapat “memprovokasi” rakan kerja selama jam kerja.
    * Dilarang memaki hamun di tempat umum.


ITALY :

    * Lelaki yang mengenakan skirt pendek di tempat umum dikenakan hukuman berkurung.
    * Memukul orang dengan tangan boleh diancam hukuman jenayah penganiayaan. Tapi menghajar orang dengan meja dan kursi dapat dianggap membela diri.


AUSTRALIA :

    * Anak-anak berusia di atas 18 tahun (dibawah 21) dilarang membeli rokok, tapi diizinkan merokok.
    * Dilarang mengangkat telefon pada deringan pertama.
    * Hanya pekerja elektrik yang di beri keizinan sahaja yang boleh mengganti lampu rumah.
    * Dilarang mengenakan seluar Hot Pink di hari minggu.


YUNANI :

    * Dilarang mengenakan topi di stadium olahraga, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.


CHINA :

    * Hanya anak cerdas yang boleh kuliah


KANADA :

    * Dilarang mencabut plaster luka di tempat umum.
    * Dilarang menyirami tananam di kebun saat sedang hujan.
    * Dilarang buamg air kecil di semua tempat di Kanada (kecuali toilet rumah Anda sendiri).
    * Dilarang memanjat pohon.


PERANCIS :

    * Dilarang berciuman di tempat letak kereta bawah tanah.
    * Dilarang menamakan **** peliharaan Anda sebagai “Napoleon”.


ISRAEL :

    * Dilarang memelihara **** di tanah Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.
    * Dilarang naik basikal, kecuali punya izin menunggang basikal.


AMERIKA :

1. ARIZONA :

    * Pemerintah Arizona melarang para pemburu melakukan aktiviti pemburuan unta di Arizona. (Masalahnya : Unta tidak hidup / tidak ada di Arizona.)
    * Dilarang meniru gaya Pendeta setempat.
    * Dilarang memandu kereta tanpa kasut.
    * Dilarang bermain domino di hari Minggu.
    * Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
    * Hukuman mati dikenakan bagi siapapun yang menabur garam di atas rel kereta api.
    * Dilarang memandu kenderaan dengan mata tertutup.


2. ALASKA :

    * Dilarang mengambil gambar beruang yang tidur.
    * Dilarang mengikat anjing peliharaan di atas atap kereta
    * Dilarang memberi minum bir pada rusa.
    * Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.


3. ARKANSAS :

    * Lelaki diizinkan memukul istrinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
    * Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
    * Lelaki dan wanita yang ditangkap saling mengorat di tengah jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
    * Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama setelah lewat jam 1 tengah hari pada hari Minggu.


4. CALIFORNIA :

    * Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan intim di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.
    * Wanita dilarang memandu kereta dengan memakai gown
    * Dilarang mengenakan boot koboi, kecuali Anda memelihara lembu sekurang-kurangnya 2 ekor.
    * Dilarang memelihara binatang berwarna hijau dan berbau serta menyengat.
    * Dilarang bermain bowling di laluan pejalan kaki.


5. COLORADO :

    * Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kendaraan Anda dihentikan olehnya.
    * Dilarang mendirikan bangunan di tengah jalan.


6. CONNECTICUT

    * Dilarang menunggang basikal dengan kelajuan lebih dari 90 km / jam.
    * Lelaki dilarang mencium istrinya di hari Minggu.
    * Kenderaan pemadam kebakaran tidak dibenarkan mencapai kelajuan lebih dari 40 km / jam, walau sedang menuju ke lokasi kebakaran sekalipun.
    * Penata rias / kecantikan dilarang bersiul, berdendang, ataupun bernyanyi saat melayani pelanggan.


7. FLORIDA :

    * Konstitusi Negara menjamin ****-**** hamil bebas dari ancaman penjara, untuk tindakan apapun yang mereka lakukan.
    * Denda akan diberikan pada wanita yang tertidur saat rambutnya di-hair dryer, kecuali dia adalah pemilik salon.
    * Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
    * Dilarang kentut di tempat umum setelah jam 6 petang.
    * Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.


8. NEW YORK :

    * Dilarang menyapa orang sambil mengorek hidung.
    * Dilarang mengenakan sandal setelah lewat jam 10 malam.
    * Lelaki dilarang keluar dengan mengenakan jaket dan seluar yang juga matching.
    * Lelaki dilarang keluar rumah topless
    * Dilarang makan sambil berenang


9. WASHINGTON :

    * Dilarang menyusui anak di tempat umum.
    * Dilarang menari dan minum pada waktu yang sama

December 05, 2008

Kurang Air Rosakkan Organ


Kita sering dinasihatkan supaya minum banyak air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Namun bagi sesetengah orang, nasihat ini sukar diikut dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini bukan perkara digemari.

Selain itu, ada juga yang berpendapat badan mereka menerima cukup bekalan air selepas dicampur kopi, teh, jus buah atau minuman berkarbonat yang diambil sepanjang hari.

Justeru, ramai beranggapan pengambilan air masak dirasakan tidak perlu sebanyak disarankan.

Secara purata, badan kita kehilangan hampir 
2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.

Pada masa sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan.

Perlu Diganti Segera

Itu adalah kadar kehilangan air yang normal daripada setiap orang. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral lebih banyak yang perlu diganti segera bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi (masalah kekurangan air).

Hampir 60% daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku dehidrasi badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan, tetapi masalah ini biasanya tidak kita sedari.

Masalah kekurangan air akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan juga berkurang. Akibatnya, 
jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ dan keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.

Oleh kerana badan kekurangan air, kita tidak akan berpeluh dan 
haba tidak keluar dari badan seperti biasa. Dalam keadaan lebih serius, masalah ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan kita mungkin boleh demam.

Dahaga Bila Kurang Air

Mungkin anda berfikir, badan kurang air bila kita dahaga. Anggapan ini kurang tepat kerana dahaga bukan penunjuk tepat kepada masalah ini, terutama di kalangan kanak-kanak dan orang tua, kerana badan boleh mengadaptasi kepada keadaan kekurangan air sehinggalah masalah menjadi lebih serius.

Bukan semua kes dehidrasi akan menyebabkan komplikasi serius, tetapi kehilangan dua peratus berat badan boleh mempengaruhi prestasi, terutama di kalangan atlit, kehilangan tiga hingga lima peratus berat badan akibat dehidrasi menjejaskan penumpuan, tindak balas dan pertimbangan mereka.

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada kuning cair atau pekat.

Tanda dan Kesan Kekurangan Air

Antara tanda kekurangan air termasuk:

* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:

* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan

Keadaan kekurangan air berterusan juga boleh mengundang bahaya yang tidak dijangka, seperti 
hipovolemik yang berlaku apabila jumlah darah yang dipam ke organ berkurangan dan mengakibatkan oksigen yang sampai ke organ dan tisu badan tidak mencukupi.

Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.

Malah, otak juga boleh menjadi bengkak. Biasanya air yang hilang dari badan mengandungi garam galian dan untuk menggantikannya, badan terpaksa menghasilkan bahan yang akan menarik balik air ke dalam sel.

Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air, menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila membabitkan sel-sel otak.

Sikap tidak suka minum air juga sebenarnya menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).

Air juga mudah keluar daripada badan melalui cirit birit (kaedah paling cepat kehilangan air dan garam mineral, terutama di kalangan kanak-kanak), bersenam, berjogging, berbasikal atau sekadar berjalan.

Demam juga akan menyebabkan kita kehilangan air. Lagi panas suhu badan, lebih banyak air yang hilang. Masalah bertambah buruk jika anda muntah dan birit birit.

Minum Air Semasa Penerbangan

Selain itu, penerbangan yang lama ke satu-satu destinasi juga menyebabkan kita kehilangan air kerana udara dalam kapal terbang sangat kering, dengan kadar kelembapan kurang daripada 10 peratus. Keadaan bertambah buruk jika anda minum minuman beralkohol. Jadi, pastikan anda minum banyak air masak ketika penerbangan.

Bagi orang dewasa yang masih muda, masalah kekurangan air mungkin tidak mendatangkan banyak kesan sampingan, tetapi keadaannya berbeza bagi bayi, kanak-kanak dan orang tua, khususnya jika menghidap penyakit seperti kencing manis.

Justeru inilah juga, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika bayi atau anak kecil mengalami masalah muntah dan cirit birit. Pastikan air yang hilang dari badan diganti segera untuk mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini kerana kehilangan air berlebihan boleh menyebabkan kematian.

Semakin kita berusia, kebolehan badan untuk mengekalkan kandungan air dalam badan menurun, deria mengesan dahaga juga menjadi kurang peka dan kemampuan badan bertindak balas dengan perubahan cuaca juga semakin rendah.

Malah, sesetengah orang tua yang tinggal di rumah penjagaan mahupun duduk sendirian selalunya makan sedikit dan terlupa untuk makan atau minum. Keadaan ini juga akan menyumbang kepada masalah dehidrasi yang semakin meruncing setiap hari jika tidak diperbaiki.

Jadi, sebelum berlaku kerosakan tidak diingini, mulakanlah amalan yang baik untuk diri anda. Caranya bukan susah, cuma minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Jadi, jangan bertangguh lagi melakukan ‘kebajikan’ untuk diri sendiri!

December 01, 2008

Peribahasa yang Logik Skit

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga.

4. Biar lambat asalkan tak cepat.

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.

6. Di mana ada gula di situ adalah
gula-gula.

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.

9. Secupak takkan jadi 18 cupak.

10. Gajah mati meninggalkan gading,

udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun.

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu

17. Hidup segan mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama.

20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli ler yang panjang sikit kalau nak ngail di laut (beli la pukat
tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

23. Membujur lalu melintang pukang.

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.