November 02, 2008

Panduan untuk Penulis 'BLOG'

1. Bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis

Segala apa yang kita coret, tidak kira dalam genre apa sekalipun - ilmiah, khabar semasa, perkongsian pengalaman, luahan hati atau lain-lain. Ada di kalangan blogger (lazimnya yang merahsiakan identiti diri) suka membangkitkan suatu isu atau pertikaian, yang akhirnya menimbulkan bermacam spekulasi.

Lebih kritikal apabila khabar yang disampaikan itu tidak diketahui akan kesahihannya, malah ada juga sekadar fitnah yang ditabur! Ini adalah suatu gejala yang cukup merbahaya, dan menjadi wahana kepada perpecahan ummah. Tidak kira sama ada blog politikus atau blog agamawan, jika terdapat unsur sebegini, perlulah diperbaiki.

Hubungan sesama manusia perlu sentiasa jernih, dan inilah yang dituntut oleh agama. Dikhuatiri penulisan yang tidak bersandar pada sumber yang benar, apalagi menyentuh sensitiviti individu akan mengeruhkan ukhwah sesama Muslim. Bukanlah isu yang kontroversi langsung tidak boleh disentuh, cuma perlu berasas dan terbukti kebenarannya. Paling penting, rasa tanggungjawab terhadap penulisan sendiri.

Tanggungjawab ini bukan sekadar di dunia, tetapi juga di akhirat kelak. Apabila kita berdiri di hadapan Allah Ta'ala. Maka pastikanlah penulisan kita tidak memudaratkan agama, kerana kita akan dipertanggungjawabkan terhadap setiap butir kalimah sendiri.

2. Menulislah untuk kebaikan

Ketika menulis, pastikan setiap penulisan itu akan membawa implikasi yang positif. Jika penulisan tersebut bukanlah suatu kajian ilmiah demi merungkai persoalan-persoalan minda, sekurang-kurangnya ada unsur kebaikan yang dapat dikongsikan dengan pembaca.

Adakah sukar untuk menulis demi kebaikan?

Tidak sebenarnya. Kerana pada setiap penulisan, tertamsil apa yang ingin disampaikan oleh blogger. Dan dalam setiap penyampaian; sama ada bersifat peribadi atau tidak, tidak salah jika diselitkan mesej-mesej yang dapat membuat para pembaca berfikir atau bermuhasabah diri.

Bukan sekadar tazkirah yang dapat menyentuh jiwa pembaca, tetapi apa saja bentuk penulisan, asalkan kena pada gayanya.

Bagaimana?

Apabila ditanya kepada seorang novelis terkemuka tanahair, jawapannya mudah; menulislah dari hati. Hati yang tulus dan ikhlas. Bersih dari sebarang rasa hasad atau noda mazmumah.

Seposen dua dari saya.

3 advisers:

Dj Epoi said...

Salam jaluran It untuk KAISER....

Hahahahahha....
Anyway.....tahniah diatas kewujudan blog ni...mmg bestx10, Gua tambah kawan baru...hahahahaah,
Semoga dengan kewududan Blog KAISER akan menjadi ruang buat rakan2 berkongsi apa jua perkara2 yg berfaedah, Harapan Dj Epoi agar ianya menjadi Blog yg Bermanafaat buat semua rakan2

Tq.....
- DJ EPOI ( SeKUPANG 2 KuPang )
- loghaaat Kedah

Dj Epoi said...

Salam ...dah standbye dah.......gua nk masukkan lu dalam blog gua......are you ready?

Keep coming to epoi8787

Kaiser said...

gua dah ready bro.....