August 15, 2009

EtiQa Menelefon




Tak tau kenapa. Kita orang Malaysia sangat berbudi dan bersopan tetapi berubah perangai dalam tiga situasi. Pertama, masa bawak kereta. Kedua bila di Internet berforum dan komen blog. Ketiga, etika talipon.

Bila orang talipon kita, dia suka tanya siapa tu? "Whose that?" Pelik? Bukankah patut tahu siapa yang ditaliponkan. Bila kita talipon orang, perkenalkan diri atau syarikat yang anda wakili dahulu. Jangan tanya siapa tu tapi tanya boleh tak saya bercakap dengan si polan si polan.

Satu peel yang saya benci adalah bila kita talipon orang, dia pula sibuk dan tak dapat layani masa itu. Dia suruh kita talipon balik. "Call back." Kadang2 tak beritahu bila masa nak talipon balik. Bukankah patutnya dia yang talipon balik?

Kita talipon rumah kawan tapi anak kecilnya yang jawab. Ini yang menyampah dok tunggu dia orang nak pujuk ambil talipon baik-baik dari anak tu. Kalau pandai cakap tak apa juga.

Saya dapat lawak talipon dalam e-mel. Mungkin ini cara nak kenakan pemanggil yang tidak tahu etika talipon:

1. Pemanggil: Helo, May I speak to bedah please?
Jawapan: Maap. Sini bukan balai polis.

2. Pemanggil: Helo, siapa disana?
Jawapan: Entah. Saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Pemanggil: Helo, boleh saya bercakap dengan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. Buat ape tanye saya.

4. Pemanggil: Helo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maaf cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur, tolak, kali dan bagi.

5. Pemanggil: Helo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak tak ada rumah. Bapak ada. Pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Pemanggil: Helo, saya bercakap dengan Siti?
Jawapan: Maap, nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye ... time kacih.

8. Pemanggil: Helo, tolong panggilkan Samad. Saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. Saya sibuk. Maaf.

9. Pemanggil: Heloooo ...
Jawapan: Helo. Pusat sakit mental di sini. Anda ingin mendaftar?

10. Pemanggil: Helo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: Maaf. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Pemanggil: Helo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. Kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Pemanggil: Assalammualaikum...
Jawapan: Waalaikummussalam ...(tupp!..terus letak tepon. Hanya untuk wajib jawab)

3 advisers:

Dj Epoi said...

Salam....hek ,,,eleh!!!

Lu Pon seroper jew!!! heheheheh

Kaiser said...

hek eleh luuuu

QuEeN Of 2 Heroes said...

biasa la manusia...
masing2 ade perangai dia sendiri...